ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 25, 2009

25/06/09. Khamis.

SIAPA UNTUNG ATAU SIAPA RUGI? TERLETAK PADA PIMPINAN BERAMANAH. JANGAN JADI MACAM PASIR, KERANA ADA PASARAN GELAP.

Matlamat utama hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambilalih pengurusan industri air negeri adalah amat jelas iaitu memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan harga yang rendah di samping meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.

Pendirian ini sudah dinyatakan dengan jelas oleh Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga sudah menerangkan berulang kali bahawa Kerajaan Negeri bersedia mengambilalih aset air dari semua empat syarikat konsesi air dengan harga yang munasabah dan menguntung kedua-dua pihak iaitu rakyat dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor hanya ingin mengaut keuntungan tanpa menghiraukan masa hadapan rakyat jelas amat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek.

Jika ADUN Batang Kali mengikuti penerangan isu penstrukturan semula air dengan lebih teliti, beliau mungkin mengetahui bahawa jika kerajaan negeri mengurus perkhidmatan air di Selangor, tarif air mungkin dapat diturunkan sebanyak 10% dalam 2009 dan 20% pada 2011 seterusnya sebanyak 25% pada 2013.

Jika adapun pihak yang mengaut keuntungan, ianya adalah rakyat dan bukan individu-individu atau syarikat swasta sepertimana yang berlaku sekarang.

Namun yang jelas sekarang, pendapat pemimpin UMNO dalam isu air ini amat konsisten iaitu menyebelahi syarikat konsesi. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa tawaran harga kepada syarikat konsesi ini tidak munasabah.

Pendirian Najib dalam isu ini juga tidak menggambarkan konsep “1 Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia.

Mengapa Najib tidak bersatu bersama Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan usaha supaya rakyat mendapat keuntungan daripada perkhidmatan air? Kami menyeru kepada Perdana Menteri dan semua pemimpin UMNO untuk mengenepikan kepentingan politik dan bersama pihak Kerajaan Negeri dalam isu ini demi kebajikan penduduk Negeri Selangor sejajar dengan laungannya untuk konsep “1 Malaysia”.

Jika tidak, konsep “1 Malaysia” ini jelas hanya sekadar retorik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: