ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 14, 2009

14/09/2009. Isnin.
KHIR TOYO BERKERETA PROTON WIRA KEPUTRA JAYA.


Rakyat Selangor mahukan ia merupakan satu siasatan yang komprehensif. Terlalu banyak aduan dilakukan terhadap bekas MB Selangor itu, apakah SPRM hanya memilih hanya satu-dua kes mengikut kemahuan Ketua Pesuruhjayanya?

Hanyar berharap siasatan itu bukan satu sandiwara tetapi benar-benar siasatan yang profesyenal.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis). Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang .
Keterangan
diambil berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dr. Mohd. Khir berjaya menghilangkan diri daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.(mengapa terlalu istimewanya Khir Toyo)

Difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik
beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7. Menurutnya, ketika membeli rumah itu, hanya bernilai RM3.5 juta. Selepas tiga tahun serta diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

No comments: