ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Sep 21, 2010

Anwar fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
Notis rayuan berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim
Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan permohonan membatalkan tuduhan liwat yang dikenakan
terhadapnya pada 2 Ogos lalu kerana mendakwa prinsip kesaksamaan serta integriti
pihak pendakwaan berikutan dakwaan hubungan intim di antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan atas
tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes liwat itu akan disambung semula pada 14 Oktober ini dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim.-

No comments: