8 Oktober 2010
Fitnah paling terbesar didalam perjuangan bangsa adalah bahawa UMNO itu Melayu and Melayu itu UMNO.
Oleh demikian apa yang  dimaksudkan Utusan Malaysia didalam tulisan bertajuk “Kuasa Politik  Penentu Masa Depan Melayu” sebenarnya bukan mengenai kehilangan kuasa  politik oleh kaum Melayu tetapi sebenarnya adalah keresahan mengenai  kehilangan kuasa politik UMNO itu sendiri.
Penentu sebenar masa depan bukan  sahaja orang Melayu tetapi masa depan seluruh Malaysia bukanlah  berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak  politik.
Kontrak Politik adalah satu  perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama  yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang  dinamakan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang. 
Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat.
Ketika ini Politik Ketakutan  (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik penuh hasutan  termasuk dengan ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir  seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang  digunakan untuk mempertahankan Kuasa Politik UMNO dan bukan Kuasa  Politik Melayu.
Sebaliknya, Negara memerlukan  budaya politik harapan dan kebebasan(politics of hope and liberation)  untuk memertabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.
Kontrak Politik mesti bermula  dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan  memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam  Negeri, Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej  Universiti, Akta Hasutan dan mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan  termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa.
 
 
No comments:
Post a Comment