ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 1, 2012

DUNIA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MAKIN SEMPIT



Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak kisah sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.

"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.

Dr Aziz dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" sanggup mengeluarkan kenyataan memalukan kepada Dr Aziz, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.

"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang.

"Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.






LAGI IN KENYATAAN dR aBDUL aZIZ bARI;-

UIA minta Dr Aziz pohon Profesor.

Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.
Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak belum bergelar profesor lagi.

"Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya.

Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada dekan sepuluh tahun lalu.

"Tidak seperti orang lain saya tidak memohon. Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor.

"Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," katanya.


Jan 28, 2012

PEMBINAAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI BERKEPENTINGAN PADA BN.

BN BERKEPENTINGAN, PELAJAR MESTI IKUT ACUAN. PEMBINAAN IPTA BUKAN UNTUK ESET KEPADA NEGARA MAJU. IA HANYA UNTUK MAJU KEPADA KEPENTINGAN POLITIK BN.


Sejauh mana rakyat prihatin dalam hal ini? Sama sama kita renung untuk ambil perhatian.
Dengar dan menelitilah bila selesai melihat rakaman video ini.











petikan dari MU
AUKU pilih bulu, menghias ruang dada Sinar Harian hari ini. Liputan penuh dalam 4 halaman hasil dari wacana siri 10 Sinar Harian; Masih Relevenkah AUKU?
Antara ahli panel yang hadir ialah:
  1. Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
  2. Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dr Anuar Ahmad
  3. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Maliki Mohd Rapiee
  4. Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah.
  5. Pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari
Moderator pula ialah Amin Idris, Pengacara TV Al-Hijrah.
Turut dilaporkan Adam Adli Abdul Halim juga turut hadir dalam wacana ini.
MU dapati bual bicara ini sangat menarik.
Kita lihat pula bagaimana kata Tun M tentang AUKU.
  
AUKU relevan bagi orang tidak tahu jaga diri -Tun M
Bagaimana pula rakan-rakan siswa?
Relevankah AUKU?
Pandai menjaga dirikah semua

Jan 27, 2012

PARASIT YANG UJUD DLM PAKATAN RAKYAT.

Tak nak cakap banyak......

PKR di Selangor paling PARASIT Kumpulan yang boss nya Azmin Ali. Dan masih tegar.

Dalam PAS sudah kena tendang,  dan dianggap PAS mahu PERUBAHAN di SELANGOR.

AGAKNYA PKR MAHU TERUS BENIH BN BERCAMBAH, BILA BN TUMBANG PD PRU 13.

JANGAN AZIZ BARI PULA BUAT TEGURAN PEDAS MACAM MENTERI BESAR KEDAH.
aku terus berkata mereka semua BEBAL.

Baca ni..... 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-ali-hasan-ali-parasit-musuh-dalam-selimut/

Jan 25, 2012

BUDAYA BANGSA MELAYU INI DIPUPUK OLEH SIAPA???



Kenapa anak muda ini berceramah diluar pagar atas kenderaan pemacu 4 roda (pic-up)?
Kenapa pulak mereka berceramah selepas solat Jumaat?
Yang anehnya, kenapa lebai-lebai tua menjadi gila bagai orang tidak sioman?
Salahkah anak muda ini berceramah pada ketika itu?
SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.



Amat sangat memalukan pada Islam yang BerIman. Pada yang tidak BerIman, itu perkara biasa untuk mereka yang tidak mahu mencari ilmu. 
Ada AKAL yang Allah sempurnakan pada manusia yang bergelar diri beragama Islam, biarlah beraklak mulia untukmenjadi contoh untuk semua.
Pada orang yang tidak sempurna AKAL, Allah telah sempurnakan untuk tidak wajib menunaikan solat. Inikan solat Jumaat yang wajib dikira untuk sempurnakan solat Jumaat pada hari itu. Wallahhualam.
Fikir fikirlah



Jan 24, 2012

JANGAN SALAHKAN MAHASISWA JIKA MEREKA TERUS MENGKRITIK

Teruskan gerak kerja mahasiswa yg mahukan keadilan untuk semua. Kenapa Adam Adli dan rakan SMM terus selar menteri besar Kedah?
Nampaknya janji janji PR sepertimana dipersetujui dalam Buku Jingga telah tidak dihormati oleh pemimpin mereka sediri.

Jika begini, kenapa PR bersungguh-sungguh mahukan rakyat bersama mereka utk tumbangkan BN ? Memang diketahui BN sudah lapok dan tidak boleh diguna pakai utk rakyat malaysia.
Agaknya PR ada ajenda, bagaikan pelepah betik sahaja.
Jazaqallah.
AUKU: Kumpulan siswa, Adam Adli selar MB Kedah

Jan 23, 2012

APA DAH JADI LAMAN WEB AKU NIH?

Dah lama bercuti menggodam. Rasanya nak mula pula untuk menceritakan yang panas-panas . bukan lah macam pisang goreng panas. tapi nak menceritakan cacing yang dah naik kemata.
Kita sama sama menunggu utk berkongsi cerita.

Oct 21, 2011

Sedarlah PAS, KEADILAN DAN DAP Masih Lagi Merangkak Dalam Lumpur.

PAKATAN RAKYAT MASIH BERSENDA DENGAN FACE BOOK DAN LAMAN WEB
Blog dan web ramai pengunjungnya. Beribu, malahan puluhan juta setiap hari. Bangganya Pakatan Rakyat dengan beratus blogger yang menitipkan bicara manis halwa minda setiap pembaca. Mereka lupa. Mereka alpa. Mereka terlepas pandang. Siapa sebenarnya pengunjung blog dan laman web. Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di desa, kampung dan lurah yang dulunya dikunjungi, mereka tidak tercapai nikmat berinternet. Bukan mereka rabun, tidak juga pekak. Mereka terbatas capaiannya. Hidangan yang ada dan mudah dihadam hanya akhbar-akhbar hamprak yang penuh dengan sampah perencat minda.


Pakatan Rakyat, bangunlah. Sedarlah bahawa komunikasi kalian terbatas. Jasa dan budi kalian mungkin rakyat nikmati tetapi tidak dirasai. Mereka tidak terkesan akan janji-janji yang tertunai (kalau ianya ditunaikan).


Berbeda dengan UMNO/BN, titi yang mereka buat, jambatan yang mereka war-warkan. Baja yang mereka beri, ladang yang mereka umumkan. Pensil yang mereka beri, sekolah yang mereka momokkan. Mereka punyai segala sumber komunikasi yang sasarannya mengena tepat kepada targetnya. Mereka ingin mengulit rakyat di desa, kampung dan lurah, dan target mereka tepat. Utusan Malaysia, TV3 dan sekutunya membantu sasaran mereka. Malahan, tidak cukup dengan itu, RM200 yang mereka beri, undi yang mereka nikmati.

Bangkitlah Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Sedarlah kita masih lagi merangkak dalam lumpur. Jangan ditunggu penggumuman pembubaran DUN dan Parlimen atau kematian wakil rakyat baru kalian terhegih-hegih mencari Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang di kampong dan desa. Ketika itu, masanya sudah terlewat.




sekiranya engkau tidak mampu menjadi garam yang menahan daging daripada menjadi busuk, maka jangan lah engkau menjadi langau yang kerja nya membusuk kan daging...
P112 KUALA LANGAT
Jumlah Pengundi: 66,515
Peratusan Kaum: M:55.25% C:26.09% I:18.49% L:0.17%
1. Abdullah Sani Hamid (PKR) (26,687)
2. Datuk Sulaiman Mohd. Karli (BN) (25,698)
Majoriti: 989
Jumlah undi: 52,792
Peratus mengundi: 79.37%
Undi rosak: 407
Penyandang: Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh (BN)
(Majoriti: 21,495 undi)
N51 SIJANGKANG
Jumlah Pengundi: 22,759
Peratusan Kaum: M:66.5% C:15.2% I:18.3% L:0.1%
1. Dr. Ahmad Yunus (Pas) (10,049)
2. Datuk Abdul Fatah Iskandar (BN) (7,968)
Majoriti: 2,081
Jumlah undi: 18,391
Peratus mengundi: 80.81%
Undi rosak: 374
Penyandang: Datuk Abdul Fatah Iskandar (BN)
(Majoriti: 3,396 undi)
N52 TELUK DATUK
Jumlah Pengundi: 18,207
Peratusan Kaum: M:33.2% C:22.7% I:16.2% L:0.2%
1. Tan Choon Swee (DAP) (7,584)
2. Ei Kim Hock (BN) (6,886)
Majoriti: 698
Jumlah undi: 14,963
Peratus mengundi: 82.18%
Undi rosak: 493
Penyandang: Ei Kim Hock (BN)
(Majoriti: 4,694 undi)
N53 MORIB
Jumlah Pengundi: 25,549
Peratusan Kaum: M:61.0% C:22.7% I:16.2% L:0.2%
1. Hasiman Sidom (BN) (10,116)
2. Dr. Salehudin Hafiz (Pas) (9,830)
Majoriti: 286
Jumlah undi: 20,350
Peratus mengundi: 79.65%
Undi rosak: 404
Penyandang: Hasimah Sidon (BN)
(Majoriti: 7,162 undi)

Sep 22, 2011

Sejarah yg telah dikaborkan.

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

petikan halaman Hisyamudin Rais.