ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 22, 2009

AKTA KESAKAHAN PILIHANRAYA PERLU DIPINDA- NIEI

RM1b rasuah pilihanraya PRK P036

KERAJAAN perlu meminda perlembagaan SPRM dan Akta Kesalahan Pilihanraya serta menghentikan amalan rasuah pilihanraya yang menelan belanja berbilion ringgit bagi tujuan memancing pengundi dalam setiap pilihanraya.

Seketariet Institut Kebangsaan Integriti untuk pilihanraya (NIEI) , Amin Iskandar berkata penolakan rakyat terhadap BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu membuktikan amalan rasuah pilihanraya yang disebut sebagai politik pembangunan oleh media perdana itu sudah tidak releven lagi dengan kematangan rakyat hari ini.

“Rasuah pilihanraya ini akan menjurus kepada berleluasanya amalan-amalan salah guna kuasa dan pembaziran wang rakyat secara membabi buta.

LAPORAN PENUH PRK P036, KUALA TERENGGANU OLEH NIEI BOLEH DILIHAT DISINI

“Sebab itu kita perlu meminda banyak perkara dalam Akta Kesalahan Pilihanraya supaya janji kosong, penipuan dan pemborosan dilakukan ketika kempen berlangsong,” kata Amin.

Menurut Amin, negara luar seperti Taiwan telah menguatkuasakan peraturan kempen pilihanraya yang menghalang sebarang rasuah pilihanraya.

“Di Taiwan semua parti politik amat menghormati suruhanjaya pilihanraya mereka kerana suruhanjaya tersebut berkuasa membatalkan mana-mana calon atau parti yang didapati terlibat dengan rasuah politik atau rasuah pilihanraya,

“Tindakan sebegini bukan saja dapat menyelamatkan wang rakyat dari dibazirkan tetapi lebih memberi keadilan kepada semua parti-parti politik yang bertanding” ujar Amin

“Hal ini berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita dimana parti kerajaan membelanjakan berjuta dan berbillion ringgit wang rakyat untuk kempen calon mereka, disamping itu pelbagai janji kosong dan sogokan wang dibeuat secara berleluasa,

“Tapi malangnya SPR dan Akta Kesalahan Pilihanraya kita tidak berfungsi dan gagal mengutkuasakannya walaupun pelbagai aduan dibuat disebabkan suruhanjaya dan akta ini berada dibawah kuasa kerajaan memerintah dan Jabatan Perdana Menteri,” tambah beliau.

Beliau yang baru pulang dari Bangladesh ketika mewakili NIEI sebagai pemerhati pilihanraya berkata banyak negara dunia ketiga sudah meletakkan badan pengurus pilihanraya masing-masing dibawah kuasa parlimen bagi mengelak penyelewengan wang rakyat digunakan sebagai rasuah pilihanraya oleh kerajaan.

“Di Bangladesh semua parti-parti politik diharamkan menggunakan poster yang berwarna dan hanya dibenarkan poster hitam putih. Ini bertujuan supaya parti-parti tidak membazirkan wang disamping membolehkan semua parti bertanding menyertai pilihanraya secara adil, “kata Amin.

Pada 19 Januari lalu, NIEI telah mengeluarkan laporan berhubung senarai amalan rasuah pilihanraya bernilai RM1 b ketika berlangsungnya pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.

Laporan tersebut turut menyenaraikan sogokan dan janji kosong oleh BN terhadap pengundi yang membabitkan amalan rasuah pilihanraya, penyelahgunaan jentera kerajaan dan kehadiran terlalu ramai anggota polis

No comments: