ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 22, 2009

SIAPA YANG BERHAK ? SELANGOR ATAU ??????


MENIDAKKAN HAK, 46 EKOR UNTUK 23 BAHAGIAN DISELANGOR


Tahniah pada GERAK MALAYSIA, kerana isu ini telah lama rakyat Selangor bercerita dikedai-kedai kopi mewah “Lembu 46 Ekor terlepas ke Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Sepatutnya lembu-lembu itu berada didalam negeri Selangor.

Beliau tidak perlu membantu Wilayah Persekutuan, kerana peruntukan kerajaan pusat mampu melakukan apa saja yang perlu untuk kepentingan rakyat.

Rakyat Selangor tidak pertikai sekiranya lembu-lembu berlebihan dalam Selangor dan menyeberang keWilayah Persekutuan. Apa yang berlaku di kawasan MP Selangor, seperti di Kuala Langat ada MP berjanji nak beri lembu untuk korban di salah sebuah masjid, tetapi janji tinggal janji. Ada juga yang berlaku di satu kawasan masjid sehingga memohon bantuan sumbangan korban pada ahli majlis yang bukan Islam, untuk menumbangkan seekor kambing, sebanyak RM1200. tetapi apa yang berlaku, dilihat olih ahli majlis itu dinilainya harga kambing itu terlalu mahal.

Apabila berlaku perkara seperti ini patutlah MB bertanggung jawab. Kerana bawah tanggungjawab ketua kerajaan. Apa gunanya dihantar ke Bandar Tun Razak. Sebab beliau MP Bandar Tun Razak? Samalah seperti Rasuah. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, kalau tidak diarah, mereka tidak berani melaksanakan kerja itu.

Jika benar kata MB tidak beri arahan, sepatutnya beliau yang cerdik, pintar serta tidak ada agenda berkepentingan, tentulah menasihati dan mengarah semua lembu-lembu itu dibahagi-bahagikan diseluruh Selangor dahulu. Beliau tidak bolih menafikan dengan kata “KONONNYA”. Istilah itu tidak sesuai untuk seorang pemimpin Negeri.

Besar kemungkinan GERAK MALAYSIA akan turun padang meninjau dan berjumpa orang kampong diseluruh Selangor memohon pendapat komen mereka.

Sebelum ini Anak Merdeka K.Lgt banyak menerima rungutan perkara ini dan perbagai lagi.

Dalam umno ada pemimpin dikatakan perosak parti, jangan pula pemimpin Pakatan Rakyat terlibat.


No comments: