ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 10, 2009

NAJIB, PAKL LAH KETAKUTAN KALAH


9/1/09. Jumaat. Najib dan Pak Lah dah ketekutan kerana ramai rakyat K.Terangganu, bukan sahaja penyokong PAS dan atas pagar tidak suka kepada Wan Farid tetapi ahli dan penyokong Umno sendiri meluat dan tidak suka kepadanya.

Ahli Umno beranggapan, Wan Farid sombong dan susah untuk ditemui. Akibat dari sambutan dingin terhadap BN dan calonnya yang dikatakan sombong Pak Lah terpaksa turun sendiri ke Kuala Terengganu berkempen dan memujuk orang Umno supaya menerima Wan Farid. . Nampak jelas bahawa isu sombong dan mesra ini bukannya dibawa oleh PAS tetapi ianya memang menjadi kenyataan

Banner dan signboard besar menggambarkan kemesraan Wan Farid dengan orang kampung terpaksa dipasang di serata kawasan Kuala Terengganu untuk menunjukkan beliau seorang yang mesra rakyat.

Nampaknya isu mencaci dan mencerca peribadi calon bukannya digunakan oleh PAS tetapi penyokong Umno sendiri yang merendah-rendahkan calon mereka.

Jelas sekali BN benar-benar terhimpit akibat kesilapan mereka memilih calon selain dari terpaksa menjawab isu pembaziran, isu kenaikan harga barang, isu ekonomi, isu maksiat, jenayah, keselamatan dan kemiskinan.


No comments: