ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 16, 2008

TAHNIAH.. POLIS KAJANG, MENGENALI REMPIT DENGAN JERIT.


Polis Kajang memutuskan untuk membenarkan 28 penunggang basikal yang berusia di bawah 18 tahun, untuk meneruskan kayuhan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan".

Pada awalnya, pihak polis mengarahkan mereka - yang memulakan kayuhan di Johor - supaya melaporkan diri di balai polis Bangi.

Menurut penganjurnya - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) - pihak polis mahu menyemak butiran diri mereka dan memastikan sekiranya penyertaan mereka dibenarkan oleh ibu bapa masing-masing.

Sebahagian pengayuh terbabit berusia antara 16 hingga 17 tahun.

Kumpulan kedua seramai 63 penunggang basikal dari Utara, ditahan di satu sekatan jalanraya di pekan Rawang pada kira-kira jam 5 petang, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Sebaliknya, empat penganjur dan tujuh penunggang basikal yang menaiki bas yang mengiringi mereka, dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat, kata seorang penyelaras Jerit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nie berada di balai polis berkenaan untuk memberi sebarang bantuan yang diperlukan.

Kumpulan tersebut telah sampai ke peringkat terakhir kayuhan mereka selama 16 hari ke seluruh negara.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka berdepan dengan berbagai cabaran dan halangan termasuk ditahan serta beberapa basikal mereka telah dibakar.

Suaram pula berkata, kumpulan dari arah Selatan, telah memulakan pengayuhan mereka dari estet Denudin menuju ke estet Bangi Lama pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Dalam perjalanan, mereka disekat oleh pihak polis di estet Bangi Lama pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Suaram mengutuk tindakan polis itu dan menuntut supaya kumpulan itu dibenar meneruskan perjalanan mereka.

Ahli sekretariat Jerit, K Bawani, ketika dihubungi berkata, pihak polis menunggu di pintu masuk estet tersebut, kerana mereka tidak boleh masuk ke kawasan persendirian.

Katanya, sebuah van polis mengekori penunggang basikal berkenaan sepanjang jalan dari Johor, manakala 14 kenderaan polis "mengiringi" mereka apabila mereka tiba di Semenyih semalam.

"Mereka (polis) mengekori kami sepanjang jalan tetapi mereka tidak membuat sebarang tangkapan hingga sekarang... kami sedang berunding dengan pihak polis dan telah meminta mereka supaya membenarkan penunggang basikal makan tengahari sebelum pergi ke balai polis," katanya pada kira-kira jam 1 tengahari.

Jerit telah menghantar beberapa peguam ke estet Bangi Lama.

Pada jam 3 petang, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Edmund Bon memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mengesyaki pihak berkuasa merancang untuk mendakwa mereka yang terbabit dalam kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" di bawah Akta Kanak-kanak, kerana membabitkan mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Bon juga berkata, pihak polis bertegas bahawa mereka tidak menahan penunggang basikal tersebut.

"Polis berkata, mereka mahu membawa kanak-kanak ke balai polis untuk siasatan sama ada mereka telah mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing untuk menyertai kempen tersebut dan mengapa mereka menyertai ekspedisi itu," katanya.

"Pertama mereka berkata, ianya satu tangkapan, selepas itu pula berkata, ia bukan satu tangkapan dan mereka hanya mahu mengambil butiran mereka dan menyemak sama ada mereka mendapat kebenaran... tetapi jika ianya bukan satu tangkapan, maka penunggang basikal itu tidak wajib pergi ke balai polis."

Dua kumpulan penunggang basikal itu memulakan pengayuhan serentah dari Kedah dan Johor pada 3 Disember lalu untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu seperti kekurangan makanan, masalah alam sekitar, mengenai undang-undang yang kejam dan krisis ekonomi yang bakal dihadapi.

Mereka dijadual tiba di Kuala Lumpur pada hari Khamis untuk mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen.

Jerit pula menuduh pihak polis mengganggu mereka dan mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara itu.

RAKYAT HAKIM NEGARA. RAKYAT TUNTUT KE RAJAAN TURUN LEBIH RENDAH LAGI

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

Gara-gara gagal mendapat projek perniagaan,

Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.

Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.

Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau. Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.

Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.

“Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.

Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.

“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.

Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.

“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.

Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.

Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.

“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.

Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.

Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.

“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.

Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.

Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat berapa ramai yang sokong beliau,” katanya sinis

Dec 15, 2008

MAHKAMAH SESYEN MENETAPKAN 6 FEB O9

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Feb tahun depan bagi sebutan semula kes penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang lagi dalam satu akuan berkanun.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis, supaya kes itu disebut semula selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap permohonan Raja Petra supaya perbicaraan kes fitnah terhadapnya dikembalikan ke Mahkamah Majistret.

Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan tersebut.

Mohamad Sekeri juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan kedua dan ketiga dengan menambah perkataan "Leftenan" pada baris ketiga dan keenam dalam kedua-dua pertuduhan itu.

Dengan pindaan itu, pertuduhan kedua adalah "Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong" manakala pertuduhan ketiga adalah "Leftenan Kolonel Norhayati Hassan".

Raja Petra dihadapkan ke mahkamah pada 17 Julai lepas dan didakwa melakukan tiga kesalahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.25 pagi 18 Jun, iaitu selain tuduhan memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri itu, dia juga didakwa memfitnah Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isteri Aziz, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan.

Bagaimanapun, Raja Petra, 58, meminta dibicarakan terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah Sesyen telah menetapkan 24 Nov lepas untuk perbicaraan kes tersebut, tetapi perbicaraan itu tidak dapat diteruskan sementara menunggu keputusan notis usul yang difailkan Raja Petra di Mahkamah Tinggi pada 25 Nov lepas bagi memohon satu perintah untuk mengembalikan kes itu ke Mahkamah Majistret atau merujuknya kepada Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan.

Pada 28 Nov, Mohamad Sekeri memutuskan untuk menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi sama ada untuk mengembalikan kes fitnah itu ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan.

Beliau membuat keputusan itu terhadap bantahan awal oleh Raja Petra bagi mendapatkan perintah Mahkamah Sesyen supaya perbicaraan kes itu didengar semula di Mahkamah Majistret atas alasan perintah Majistret adalah tidak sah, batal dan bertentangan dengan peruntukan dalam Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

NASI KANGKANG ROSMAH DAN THE WINDS OF CHANGE

Malaysia di landa oleh ribut pembaharuan/winds of change di masa ini.Angin/ribut "infuence kuasa" ini bertiup dari utara,selatan,barat dan timur.

Angin yang pertama datangnya dari Utara meniup kuasa seorang yang bernama Rosmah.Kuasa nya di namakan nasi kangkang Rosmah.Nasi kangkang definasi nya adalah influence ..nothing more nathing less.Nasi kangkang Rosmah telah di kuatkan dengan mantra seorang Guru Hindu bernama Guruji. Ia berupaya menginfluence PM,IGP,AG,General2, Leftenant Colonel dan Hakim Mahkamah.Pendek kata siapa sahaja yang termakan nasi kangkang Rosmah akan menjadi hambanya.Angin ini berupa ribut taufan yang akan menjadi lebeh power jika proxy nya bernama Najip menjadi PM.

Angin yang kedua datangnya dari selatan. Angin ini membawa kuasa"Nasi Kangkang King Kong".Angin ini di tiup oleh seorang XPM yang telah bersara. Dia di anggap sebagai King Kong yang telah di penjarakan oleh penganalis politik.Dia boleh bersuara tapi tak siapa nak dengarkan kata2nya. King Kong ini ada dua proxy.Seorang bernama Dolah dan seorang lagi Najip.Dolah proxy pertama seorang penidur.Jadi apa yang King Kong cakap dia tak dengar.Sekarang Dolah di paksa pencen kerana selalu sangat tidur.
Waima King Kong akan tiup angin nya sekuat2 nya supaya proxy nya yang kedua akan dengar nya. Malang nya angin King Kong pencen ni tak kuat..ada semput sikit... sebab dah tua.
Waima... mana tau jika King Kong keluarkan angin dubur nya yang berbau kari Mamak itu, mungkin proxy keduanya akan tersentak dan akan diperhambakan oleh kuasa Nasi kangkang King Kong.

Angin yang ketiga meniup dari Barat.Angin ini di namakan Nasi kengkang Oxfart.Angin ini bersumber dari seorang bernama KJ yang sunggoh pandai cari lubang/lombong yang beremas dan duitan.Dengan usahanya yang gigih dan prestasi seorang graduan Oxfort,dia bejaya menjadi menantu PM.
Angin ini walaupun kuat berderu2 bunyi nya ia berbau busuk.Ingin ini sudah tercemar sebenarnya. Ia nya di cemar oleh angi dari Barat Daya yang bersumberkan 'Nasik Ketayap Lee Kuan Yu" Faham2 ajer le berapa punya busok ketayap kafir tu.Lee Kuan Yu pun graduan Oxfart juga,sebab itu mereeka kamceng. Kedua2 nya dah makan Nasi Ketayap British di Oxfart. Tanda2 influence NasiKetayap Lee Kuan Yu adalah aset2 negara (Company2, Pulau Batu Putih dan Singapura ) di jual kapada Temasek Incorporated.
Waima PM amat suka bau busoknya dan Nasi Kengkang Oxfart menjadi hidangan PM setiap hari.Malangnya Nasik Kengkang Oxfart ini ada basi sikit. Jadi PM sudah sembelit dan kini akan pencen pula.Waima selagi PM maseh berkuasa si Oxfart punya nasi kengkang maseh di sukai PM dan kuncu2nya

Angin yang ke empat datangi dari Timur. Angin ini membawa kuasa Nasi Kangkong Kak Wan Angin ini membawa people power. Kerajaan yang korupsi dan hanya pentingkan kroni dan menzalimi rakyat dengan beban kenaikan harga dan melesetnya duit ,telah melahirkan :People Power".Slogan mereka ia lah Makkal Sakti/Suara Rakyat Keramat.Angin ini sangat power sebab ianya bermacam warna.Ada angin hitan,cokolat,kuning dan putih bercantum menjadi satu.
Mengikut ramalan Nujum Pak Yeh nasi kangkong Kak Wan akan menjadi kegemaran senua rakyat dan Kak Wan akan memerintah dengan proxynya Nuar.Sebenarnya Kak Wan Nuar,LKS dan Pok Nik adalah proxy rakyat yang di namakan Pakatan Rakyat.

Nujum Pak Yeh akan memberi update,ulasan dan perkembangan taktik dan strategy pertempuran angin pembaharuan empat penjuru ini di masa terdekat.

pak yeh

Krisis Dalaman Reformis Makin Tegang

Ditanya tentang tindakan Ramlan mensasarkan "perang bogel" baru kepada Anwar, Zairi berkata:

"Saya tidak faham kenapa dia menyerang Anwar pula. Ini urusan kerajaan negeri. Mungkin Anwar sudah nasihatkan Abdul Khalid. Kita tidak tahu."

Zairi mendakwa, tindakan Ramlan itu - pengusaha tempat letak kenderaan di Sentul - disyaki bersifat peribadi kerana dituduh permohonan projeknya dengan kerajaan Selangor tidak mendapat balasan.

Wakhakhakhakhakhakha...!!!

Babi kau Ramlan..! kau nak Pakatan Rakyat balas jasa kau ke?

Oi babik..!

Projek tak dapat? tak dapat projek lu bogel???

Ada sape-sape lagi yang tak dapat projek?

Oi babik..! lu tak dapat projek, lu bikin projek baru ka?

Oi semua rakyat Malaysia..! Ramlan Reformis sudah buka satu tender projek baru..!

-PROJEK BOGEL RESAKSE...!!!

Sape-sape yang tak dapat projek dari Kerajaan Negeri boleh cuba masuk tender projek bogel resakse..!

Babik kau Ramlan..!

10 PEMBAZIRAN DIKTATOR/ FIRAUN DLM DUNIA

1 – Naypidaw, Burma – ibu kota Burman dipindah kah ke Naypidawe pada tahun 2005. Harga 3 bilion pound sterling.

2 - Fatehpur Sikri, India. Akhbar membuat satu bandar baru ini pada tahun 1571 untuk memberi penghormatan pada bomohnya.

3 - Medina Azahara, Spain. Abd ar-Rahman Kalipah Cardoba mendirikan kota ini pada tahun 936. Kota ini adalah nama gundeknya- Zahra. Dia membina istana dimana gundek lelaki dan wanita di simpan. Pada tahun 1010 kota ini musnah apabila berlaku perang saudara.

4 - Akhetaten, Egypt – dibuat olef Firauan Akhenaten pada tahun 1343 sebelum Masehi untuk mengingati ayahandanya.

5- Istana Parlimen, Bucharest, Romania – dibuat oleh Ceausescu pada tahun 1983. Hingga ke hari ini masih belum selesai.

6 - Neutrality Arch, Ashgabat, Turkmenistan – struktur yang paling tinggi di Turkmenistan di buat pada tahun 1990 atas arahan presiden Saparmurat Niyazov.

7 - Rungnado May Day Stadium, Pyongyang, North Korea – atas arahan Kim Il-Sung apabila Korea menjadi tuan rumah olympik pada tahun 1988.

8 - Babylon (buat baru ), Iraq – dibuat pada tahun 1985 atas arahan Saddam Husein untuk menngharumkan nama Iraq dimata dunia.


9- Putrajaya, Malaysia

The then prime minister Mahathir Mohamad founded a new administrative capital for Malaysia in 1995. The Putrajaya megaproject, widely branded a white elephant, is estimated to have cost upwards of $5 billion, with $50 million-plus going on the premier's domed mansion. Upkeep of the latter 16-hectare complex costs a further $2.5 million a year.

10 – Istana Hamiltin , Brighton, England – dibuat oleh tuan tanah Nicholas van Hoogstraten.

kah kah kah.... AKHIRNYA MALAYSIA TERKENAL KE SELURUH DUNIA ... kah kah kah

Sumber - Tukar Tiub

AMARAN AMPANGAN AKAN PECAH,,,,,,


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.

Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.

Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.

Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.

Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.

Empangan turut dicemari

Tiga empangan utama itu turut dicemari oleh sisa-sisa toksik industri dan kesan pembangunan kawasan yang tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti airnya.

Perkembangan itu membimbangkan kerana tiga empangan tersebut merupakan pembekal air utama bagi Lembah Kelang.

Jika langkah-langkah pengawalan tidak dibuat, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih dan berkualiti pada penghujung tahun depan.