ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 23, 2009


KERAJAAN NEGERI BUKTIKAN KEMAMPUAN



ALOR SETAR, - Kerajaan Negeri berjaya membuktikan kemampuan mentadbir sekaligus menepis tohmahan dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mempertikai kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam menerajui kepimpinan negeri ini.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam persembahan ucapan tahniah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke-81.

“Alhamdulillah, negeri Kedah tidak menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini ataupun malapetaka yang menjejaskan kehidupan rakyat serta tidak berlaku sebarang persengketaan antara kaum.

“Kerajaan juga tidak mengalami kegawatan kewangan seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu sebaik sahaja patik dan rakan-rakan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Tuanku,” ujar beliau.

Ini disebabkan Kerajaan Negeri mengamalkan sikap berjimat-cermat dan berbelanja secara berhemah dalam merancakkan pelaksanaan program pembangunan yang dirancangkan untuk faedah rakyat.

Pelaburan merupakan penyumbang kepada pembangunan negeri. Justeru itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah berjaya menarik pelabur asing dan tempatan ke negeri Kedah dengan menekankan prinsip adil dengan pelabur.

Ia bagi memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan dalam pekerjaan yang ditawarkan dalam projek yang dijalankan bagi meningkatkan taraf hidup mereka, tambah beliau.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2008, negeri Kedah telah menerima kelulusan pelaburan dalam sektor pembuatan berjumlah RM 2.5 billion, sebanyak 37 projek akan menghasilkan peluang pekerjaan kepada 2,954 orang.

“Projek-projek yang telah diluluskan ini bakal dibina di Kulim Hi-Tech Park, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani.

“Kerajaan juga berusaha untuk mempercepatkan projek Kedah Hydrocarbon Hub di persisiran pantai Daerah Yan, meliputi kawasan Pantai Sungai Limau, Sungai Daun, Pantai Sungai Dedap, Pantai Sedaka dan Pantai Dulang,” ujar beliau.

Dari segi pertanian yang turut memberi impak kepada ekonomi negeri, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berskala besar dengan melancarkan Pelan Pembangunan Negeri bagi tempoh 2008 – 2015.

Memandangkan Kedah mempunyai struktur tanah yang sesuai bagi tujuan pertanian, Kerajaan Negeri amat menggalakkan para usahawan menceburi bidang pertanian bagi tujuan merealisasikan Kedah sebagai ‘Belanda Malaysia’.

“Kerajaan telah memulakan Program Latihan Usahawan Tani yang memberikan latihan kemahiran kepada golongan belia dan yang bakal menceburi bidang pemasaran dan pemerosesan produk pertanian dan seramai 600 Usahawan Tani disasarkan dalam tempoh lima tahun bermula 2009,” jelasnya.

Kerajaan Negeri juga telah membuat sedikit pengubahsuaian kepada dasar perumahan sedia ada bagi memenuhi keperluan perumahan di kalangan berpendapatan rendah.

Dalam persembahan Ucapan Tahniah tersebut, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyatakan kekaguman beliau dengan komitmen serta keprihatinan yang diberikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam meningkatkan kemajuan negeri bagi kesejahteraan rakyat
.


No comments: