ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 5, 2009

Mutakhir »
Najib, MB Perak mengadap Sultan Perak

Najib berada di Istana Kinta 2 kali, bawa 2 ADUN

[DIKEMAS KINI, 12 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di Istana Kinta, Ipoh dua kali hari ini - antara 9.50 dan 11.30 pagi untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan menubuhkan kerajaan baru.

Selepas dua pertemuan itu, Menteri Besar Perak pula dipanggil mengadap Sultan Perak sebentar tadi.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Beliau meninggalkan istana pada 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - ADUN kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pukul 10.55 pagi ini.

Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan sidang media pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut menyertai Najib di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.

Pertemuan itu diadakan sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masingmasing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Semalam Jamaluddin, Mohd. Osman, Hee dan Nasarudin menyatakan sokongan kepada BN.

Jamaluddin, Mohd. Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN.

Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketigatiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar.

No comments: