ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 5, 2009

PC Jam 3 Petang Bersama Nizar & DSAI - malaysiakini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi.

Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang.

Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian.

Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.

No comments: