ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 21, 2009

21.03.2009.




Kemenangan 3 PRK boleh sekat Najib jadi PM

Bangi - Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai boleh menyekat hasrat Najib menjadi Perdana Menteri.

"Hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri selepas Mesyuarat Agong Umno yang akan bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Namun peralihan kuasa ini dapat disekat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertajuk Forum Kupasan Intelektual Krisis Perlembagaan Perak & Malaysia diadakan di Masjid An-Nur Bandar Baru Bangi yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Aziz Bari dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi.

Namun, Ahli Parlimen itu tidak dapat hadir ke forum tersebut dan digantikan oleh Presiden Gabungan Persatuan Anak Perak, Mohd Hafiz Sabri yang dipengerusikan oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nizamuddin Sulaiman.

Forum tersebut dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).

"Agenda kita yang pertama ialah di tiga pilihanraya kecil iaitu di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kalau kita boleh menang di tiga tempat ini, semua parti dalam Barisan Nasional 'laris' untuk berjumpa dengan Pakatan Rakyat.

Setiap daripada kita mesti ada tugasan dalam pilihanraya kecil ini, jangan duduk dengar forum ini, balik rumah, minum kopi dan sebagainya dah lupa," katanya.-Hrkh

Serpihan Tugu 'pokok Demokrasi' Dilelong Esok!

Lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina oleh pakatan pembangkang Perak sempena memperingati "sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah pokok" akan dilelong Ahad ini.

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.







<

Rakyat Perak: Nizar Tetap MB Yang Sah.



Tol

No comments: