ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 21, 2009

SIAPAKAH DI TONG SAMPAHKAN PERLEMBAGAAN? JANGAN SAMPAI RAKYAT MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN.....


21.03.2009. UMNO dan BN boleh mendakwa apa saja, tetapi bagi rakyat Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi Perlembagaan.

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.

Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.

Beliau telah menjelaskan lagi,

"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."

No comments: