ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 15, 2008

MENTERI KERJA RAYA TERKEJUT ?....

Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Pengerusinya, Datuk N. Muneandy berkata, Mohd. Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa ini.

''Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Semalam, Mohd. Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.

''Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi," katanya.

KERAJAAN DIGESA MONOPOLI


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan terlibat dalam pengedaran ikan di seluruh negara bagi memecahkan monopoli harganya yang kini dikuasai pemborong swasta.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin (gambar) berkata, ia boleh dilakukan jika agensi-agensi kerajaan sedia ada seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perikanan terlibat dengan aktiviti pemborongan ikan secara langsung.

Beliau yakin harga ikan tidak akan diturunkan meskipun harga diesel diturun ke paras RM1.30 sen seliter kerana pemborong akan menggunakan pelbagai helah untuk tidak menurunkan harga ikan.

‘‘Penglibatan agensi kerajaan itu bertujuan untuk memastikan golongan ‘orang tengah’ tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,’’ katanya ketika dihubungi wartawan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penurunan harga bahan api untuk nelayan seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed kelmarin.

ADUN BOTA KERUSI BN. BERITA PANAS......


Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai keADILan. Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.

Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Berita selanjutnya akan menyusul.

----------------------------------------

Updated 10.15pm sms received from Miri - Most likely DSAI will announce a Sarawak BN YB has resigned from his party and he has applied to join keADILan.

The word is abuzz that the YB in question has already signed his membership forms and the identity will be revealed by Anwar himself in Miri at the Eastwood Valley Golf and Country Resort around 10pm tonight. audie61 checked with the political secretary from the party and he says there is no way he will be persuaded to stay with BN.

Our sources in keADILan says that Malaysiakini correspondent from Sarawak will do his posting as soon Anwar reveals the name. The sms from keADILan innsider in Miri is that A DUN member from Sarawak is to join keADILan. We will keep you update on his name though we know who he is. He is not from Parti Rakyat Sarawak as many have speculated. Would Anwar reveal that is the million dollar question tonight?

Malaysiakini Viewers waiting for Sarawak BN YB joining keADILan in Miri..


15.12.08.Updated 10.15pm* sms received from Miri. Most likely DSAI will announce a Sarawak BN YB has resigned from his party and he has applied to join keADILan.

The word is abuzz that the YB in question has already signed his membership forms and the identity will be revealed by Anwar himself in Miri at the Eastwood Valley Golf and Country Resort around 10pm tonight. audie61 checked with the political secretary from the party and he says there is no way he will be persuaded to stay with BN.

Our sources in keADILan says that Malaysiakini correspondent from Sarawak will do his posting as soon Anwar reveals the name. The sms from keADILan innsider in Miri is that A DUN member from Sarawak is to join keADILan. We will keep you update on his name though we know who he is. He is not from Parti Rakyat Sarawak as many have speculated. Would Anwar reveal that is the million dollar question tonight?

Dec 14, 2008

Saya bukan gengster. tapi.........


KUALA LUMPUR: Di sebalik gemerlapan dunia hiburan, penyanyi dan pelakon, Awie, yang kini berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), terpalit dengan kontroversi apabila dicop kepala samseng ala kongsi gelap yang dinamakan Kumpulan Naga.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, dikatakan menuntut layanan istimewa ala kepala gengster, selain mengutip wang keahlian RM3,600 bagi setiap ahli baru.

Penyanyi rock yang mencapai kegemilangan bersama kumpulan Wings pada lewat 1980-an itu dikaitkan dengan kegiatan samseng, memakai baju lambang naga bersama ahli kumpulannya serta berlagak seperti ketua kongsi gelap apabila duduk di kerusi besar ketika bermesyuarat manakala ahli lain perlu berdiri.

Malah, kedudukan beliau sebagai Ayahanda dalam Pekida juga dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Bagi mendapatkan kepastian terhadap dakwaan itu, Metro Ahad menemui pelakon watak antagonis filem Antoo Fighter yang kini ditayangkan di pawagam, sekali gus buat pertama kalinya Awie mendedahkan pada umum mengenai pembabitannya dalam Pekida.

Ikuti penjelasan Awie kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN.

“JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilih menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.

“Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.

“Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

“Orang kata saya samseng, saya tak akan cakap apa. Perbuatan lebih logik daripada bercakap. Orang boleh cakap apa saja.

“Saya akan buktikan dengan cara saya, bukan dengan cakap saja. Biar semua orang di bawah (ahli Pekida) dapat informasi sebenar.

“Saya terkejut dapat berita ini. Saya sudah tunjukkan dan buktikan saya tidak terbabit dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan saya ketua kumpulan Dragon (Naga),” katanya.

Awie turut mengandaikan namanya dikaitkan sebagai kepala Kumpulan Naga kerana dulu beliau pernah menyertai kelab motosikal, Dragon Malaya.

“Apabila terpaut dengan nama ini (Naga), saya ambil kesempatan pakai nama itu buat kumpulan bersama Man Kidal, Yan dan Jojet. Selepas itu keluar pula (album Wings) Naga Keramat.

“Apa salah orang nak pakai naga. Di merata tempat ni orang pakai lambang naga untuk pelbagai tujuan.

“Saya orang paling taat (Pekida). Saya ikut apa saja yang saya belajar. Saya tak pernah lari daripada kebenaran,” katanya..

Awie menjelaskan, dia menyertai Pekida di atas hasrat untuk bersatu padu dalam satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam.

“Saya duduk dalam Pekida nak bersatu dengan orang Melayu, bukan nak menghancurkan.

“Macam mana dia (pihak berkenaan) boleh cakap saya duduk macam raja (duduk di kerusi khas dan orang lain perlu berdiri).

“Ini semua tidak betul. Tidak pernah saya buat macam tu. Gila ke?

“Apa yang dikatakan saya duduk di kerusi besar, kepala gengster? Saya pakai topeng pun orang kenal, itu Awielah. Gila saya nak buat!” katanya.

Menceritakan sejarah pembabitannya dengan Pekida, Awie berkata, dia mula menyertai Pekida pada 2001 dan bermula dari bawah hingga dilantik sebagai Abang Long dan Ayahanda.

“Saya dinaikkan oleh Majlis Tertinggi pada 2004 sebagai Ayahanda.

“Saya tolak pada mulanya, tapi kerana hormat pada Ayahanda Haji Malik Ranting dan Ayah Pa, saya terima.

“Saya ada watikah (pelantikan sebagai Ayahanda) dan saya boleh buktikan. Saya tak pernah minta dengan sesiapa,” katanya.

Awie berkata, sebagai artis, lingkungan kehidupannya adalah di kelab malam dan pentas, namun apabila menghadiri majlis tertentu anjuran Pekida, beliau amat berdisiplin.

“Saya boleh buktikan dengan gambar, aktiviti yang pernah saya lakukan. Saya terbabit dengan aktiviti kebajikan anak yatim, membantu sekolah agama di Johor.

“Adakah pihak berkenaan (yang menuduh) ambil peduli atau membantu semua ini?

“(Dakwaan) itu memfitnah dan menganiaya saya. Bagaimana orang boleh berkata mengenai saya, sedangkan saya tak pernah jumpa mereka seumur hidup.

“Mereka tak tahu apa gerakan dan aktiviti yang saya lakukan selama bersama Pekida,” katanya.

Menurut Awie, beliau teraniaya dengan pelbagai fitnah hingga pernah ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pelakuan jenayah.

“Hidup saya memang teraniaya dengan benda-benda macam ini.

“Pernah satu ketika saya diambil pada jam 1 pagi oleh polis kerana 10 orang yang ditahan di lokap ‘petik’ (kaitkan) nama saya.

“Saya tak kenal pun siapa mereka. Apabila saya jelaskan keadaan sebenar, baru saya dilepaskan dan polis pun faham.

“Ia menjadi tanda tanya kenapa mereka ‘petik’ nama saya.

“Kalau betul tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya sanggup koyak kad keahlian. Selama ini saya dikenali pun bukan kerana Pekida.

“Saya selesa dengan hidup saya. Saya sayangkan Pekida. Kalau pentadbir (Pekida) tidak okey, saya masih dengan Pekida. Namun dengan cara dan permainan saya.

“Kalau orang kata Pekida jahat, saya kata tidak.

“Inilah pertubuhan yang menyatukan anak Melayu. Kalau nak mempolitikkan NGO, inilah jadinya,” katanya.

Berhubung dakwaan bahawa beliau meminta diberi penghormatan layanan berstatus Ayahanda sebagai syarat menghadiri Perhimpunan Agung Pekida Ke-15, Awie berkata:

“Memang saya Ayahanda, apa mereka cerita? Mereka gila ke apa?

“Saya masuk Pekida kerana jalan ini yang saya suka. Mereka memburukkan saya untuk mencari nama dalam Pekida, mereka ini dayus.

“Kenapa tak berdepan dengan saya? Kenapa mesti memfitnah?

“Saya tak pernah buat permintaan itu. Lan Gajah (Pengerusi Pekida Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman) yang telefon saya, tetapi saya tak dapat nak pergi.

“Dia (Lan Gajah) tawarkan untuk bawa wakil sebagai ahli keselamatan.

“Ketika itu saya tak dapat hadir kerana ada di luar kawasan.”

Awie berkata, beliau berpegang pada amalan berbaik dengan semua orang dan menjauhi penganiayaan terhadap hidup orang serta jangan menyusahkan hidup orang.

“Kalau baik dengan orang, orang akan bantu kita dan dari situ datangnya ekonomi. Kalau kita hidup susah, adik beradik lain akan membantu.

“Kalau seorang bagi seringgit, 10 orang sudah 10 ringgit, kalau 100 sudah 100 ringgit.

“Jadi, ekonomi kita dapat dibantu kalau dalam keadaan terdesak.

“Apa yang diminta Allah di akhirat nanti adalah kebajikan kita.

“Kita ada sekolah agama yang dibantu, ahli majlis bersatu. Anak yatim yang patut diraikan, kita raikan,” katanya.

TEATER BILIK SULIT

SAHABAT SEKELIAN.......,

Di jemput datang menonton TEATER BILIK SULIT pada 20,21, 22, 23 Disember jam 8.30 malam di DEWAN MAJLIS PEGUAM belakang central market -

Sila pilih malam yang sesuai -

derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA -

Jika ada blog/myspace/freendster dll... sila iklankan -

terima kaseh
isham 2504

PELUANG UNTUK IPF, BODEK BN....

Barisan Nasional (BN) akan mempertimbangkan secara serius permohonan parti Barisan Progresif India (IPF) untuk menyertai gagasan itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu lalu.

"Selain IPF terdapat beberapa parti kecil di Sarawak turut menyatakan minat untuk menyertai BN," kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Agung IPF Ke-16 di sini hari ini.

Jelas beliau, BN memerlukan parti-parti yang percaya perjuagannya selama ini.

"Kita perlu kepada parti-parti yang percaya kepada perjuangan BN. Perjuangan kita jelas dan kita tidak mempunyai agenda-agenda tertentu," katanya.

Usaha IPF untuk menyertai BN sejak lebih satu dekad lalu terhalang ekoran bantahan MIC.

Tegas Adnan, agenda BN adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera serta ia adalah parti adalah untuk semua kaum.

"BN bukan milik satu bangsa sahaja dan ia akan terus membela nasib semua kaum di negara ini," katanya.

Kini BN mempunyai 13 parti komponen iaitu Umno, MCA, MIC, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Gerakan, Parti Rakyat Sarawak, Parti Liberal Demokratik, Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Progresif Penduduk, Parti Demokratik Progresif Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak dan Parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu.

Parti Maju Sabah meninggalkan gagasan BN 17 September lalu.

Tendang satu IPF berangan. Ok lah tu.......

PERHIHPUNAN AGUNG KE.16 (IPF) KECOH....


Ahad. 14.12.08. Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Progresif India (IPF), yang diadakan buat pertama kali tanpa pengasasnnya, mendiang Tan Sri M.G. Pandithan, dicemari pagi ini.

Yang lebih menarik, kumpulan pemimpin yang disingkirkan dan digantung dari IPF mengadakan perhimpunan 'tergempar' mereka sendiri di sini pagi ini.

Pertemuan kumpulan bersaing ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang di sebuah restoran dari Hotel Dynasty.

Kekecohan bermula sejak pukul 8 pagi di Hotel Dynasty di sini, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, ekoran rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu yang dipecat atau disingkirkan.

Mereka mendakwa Pemangku Presiden, Puan Sri Jayashree Pandithan tidak layak memegang jawatan tersebut menggantikan Pandithan.

Pandithan mengasaskan parti itu selepas dipecat dari MIC dua dekad lalu.

Parti itu telah memohon menyertai Barisan Nasional (BN).

Perhimpunan itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pukul 11 pagi.

Kumpulan kira-kira 100 orang itu yang diketuai oleh Ketua Bahagian IPF Kelana Jaya, P. Murugam menggesa Jayashree melepaskan jawatan dan tidak mengetuai ahli-ahli IPF lagi.

Menurut Murugam, Perhimpunan Agung IPF yang diadakan hari ini secara tidak sah kerana beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli cawangan tidak mendapat notis pemberitahuan mengenai majlis tersebut.

Jelas beliau, ia merupakan satu komplot beberapa pihak untuk merebut kuasa dengan cara yang tidak sah.

Difahamkan bekas Ketua Pemuda IPF, R. Ravi Shanker telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Ravi Shankar diminta melepaskan jawatan kerana telah diisytiharkan muflis.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal perjalanan perhimpunan itu.

Jayashree memangku jawatan itu sejak kematian Pandithan.

Sebulan lalu, beliau mengumumkan keputusan menggantung Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing V. Senggutuan dan M. Mathyalagan atas alasan disiplin.

Sementara itu, Jayashree menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah sebagai masalah dalaman parti semata-mata.

"Saya tidak lihat kekecohan yang berlaku sebagai satu masalah besar kepada parti. Ia tidak akan menggugat keharmonian parti ini. Kita akan terus maju," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian.

"Mereka tidak puas hati selepas saya mengambil alih parti ini. Kita boleh berbincang dan bertolak ansur dalam hal ini," ujarnya.

Beliau juga yakin masalah tersebut akan dapat diseleksaikan secepat mungkin.

Kini IPF mendakwa mempunyai kira-kira 300,000 ahli.

MESYUARAT KUMPULAN BERSAING

Dalam pada itu, tidak jauh dari hotel berkenaan, kumpulan pimpinan Mathyalagan pula mengadakan 'EGM' di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul di sini.

Ia dihadiri kira-kira 400 orang ahli IPF, kata Ketua Penerangan kumpulan itu, K. Veerayah ketika dihubungi sebentar tadi.

Veerayah, bekas Ketua Pemuda IPF berkata, mereka meluluskan empat usul.

Antara lain usul itu tidak mengiktiraf kepimpinan Jayashree termasuk menarik balik sokongan kepada beliau untuk menggantikan Pandithan.

Esok Mahkamah Tinggi dijadual mendengar injuksi yang difailkan oleh kumpulan ini terhadap status kepimpinan IPF semasa.