ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 18, 2008

176 cerun berisiko yang dikenalpasti .....


PLUS Expressways Bhd (Plus) akan mengadakan pemantauan dari udara setiap dua bulan terhadap 176 cerun berisiko yang dikenalpasti Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah Urusan (Managing Director) Plus Noorizah Abdul Hamid berkata pemantauan dari helikopter itu akan dijalankan lebih kerap pada musim monsun.

Antara kawasan yang dianggap berisiko ialah Bukit Lanjan, Gua Tempurung dan Sungai Buloh, katanya.

"Setiap cerun akan diperiksa dan jika terdapat sebarang perubahan, pasukan khas akan segera dihantar untuk pemeriksaan lanjutan. Setiap pemeriksaan dibuat oleh para jurutera yang telah dilatih," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Loyalti PLUSMiles di Restoran Jejantas Sungai Buloh, dekat sini, Rabu.

Noorizah berkata buat masa kini, kesemua cerun terbabit pada masa ini berada dalam keadaan stabil.

Berhubung program loyalti PLUSMiles itu, Noorizah berkata pengguna lebuh raya PLUS dan ELITE yang menyertai program loyalti itu berpeluang menikmati rebat tol sebanyak lima peratus apabila berbelanja RM200 ke atas setiap bulan di kedua-dua lebuh raya tersebut mulai 1 Jan tahun depan.

Program PLUSMiles itu tidak terhad kepada tempoh-tempoh tertentu, katanya.

Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai program ini dengan melayari portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my atau mengunjungi mana-mana pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS dan ELITE bermula hari ini

No comments: