ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 18, 2008

Misi PM sebelum Mac reda ketegangan kaum


Khamis Disember 18, 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata misi terakhirnya ialah untuk meredakan ketegangan kaum dan agama dalam sebuah negara pelbagai etnik seperti Malaysia sebelum melepaskan jawatannya.

Dalam satu temubual bersama Associated Press (AP, Perdana Menteri berkata pengecutan ekonomi antara majoriti kaum Melayu dan minoriti kaum Cina dan India adalah acaman terbesar yang dihadapi negara.

"Memandangkan saya akan bersara lebih awal dari yang telah dirancang, (penyusunan semula) hendaklah dilakukan dengan amat cepat," katanya yang akan menyerahkan kepimpinan negara kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mac depan.

Abdullah bersetuju untuk melepaskan jawatan empat tahun lebih awal sebelum penggalnya berakhir setelah menghadapi desakan daripada pelbagai pihak terutamanya selepas pembangkang membuat kejutan pada pilihanraya umum Mac lalu.

Keputusan pada pilihanraya itu menjadikan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang buat kali pertama dalam tempoh empat dekad.

Pembangkang berjaya memenangi hati kaum Cina dan India yang mendakwa mereka didiskriminasi dalam peluang pekerjaan, pendidikan dan cabang-cabang lain dalam kerajaan yang majoritinya ialah Melayu.

Malah mereka turut mendakwa hak keagamaan juga telah dirampas.

Kaum Melayu yang majoritinya ialah penganut agama Islam membentuk sebanyak 60 peratus daripada 27 juta penduduk negara ini bertanggungjawab mengawal kerajaan, badan kehakiman dan keselamatan negara.

"Saya berfikir bagaimana untuk mengendalikan isu hubungan kaum dan isu ketegangan agama yang disebabkan oleh banyak perkara yang berlaku.

"Umat Islam berfikir dari perspektif mereka, manakala yang bukan Islam juga berfikir mengikut perspektif mereka juga," katanya.

Umat Islam di Malaysia dikawal oleh undang-undang Syariah jika melibatkan keluarga dan peribadi.

Manakala kaum Cina, India dan kaum-kaum lain tertakluk di bawah undang-undang sivil

No comments: