ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 18, 2008

SKIM ISTIMEWA MANGSA BENCANA MANUSIA


Saya simpati dengan kejadian tersebut, pada saya tunding jari antara kerajaan negeri dahulu dengan kerajaan negeri sekarang tidak selesaikan masalah. Benda berlaku atas ketentuan Ilahi disamping kerakusan manusia meratah tiap inci tanah demi memaksimumkan keuntungan. Yang menjadi mangsa kekal menjadi mangsa.

Apa yang penting ialah memastikan tidak lagi berlaku insiden seumpama ini dengan tindakan dan pelaksanaan dasar yang lebih berhati-hati dan teliti.

Cuma kenapa perlu dibeza-bezakan antara mangsa dan penduduk yang diarah meninggalkan kediaman berhampiran?

Kenapa pihak berwajib seolah-olah mewujudkan ’skim’ mangsa mengikut first class, business class, dan economy class?

Apakah hanya kerana mangsa-mangsa itu kalangan first class belaka maka mereka mesti disediakan hotel sebagai galang ganti rumah yang jadi mangsa tanah runtuh minggu lepas?

Apa, tak selesakah tidur di dewan sekolah, makan nasi kawah? Hawa sejuk udara tak boleh lawan suhu air-cond?

Kenapa peneroka bandar yang dirampas tanah, orang asli Pos Dipang yang lebih teruk ditimpa bencana tanah runtuh dahulu tak pernah dapat keistimewaan sebegini untuk redakan kerungsingan mereka? Third class kah mereka?

Kenapa mangsa banjir tegar disediakan nasi kawah dan sardin, sedangkan mangsa tanah runtuh ‘kelas pertama’ ini akan ‘reda kerungsingan’ mereka dengan hidangan buffet?

Betullah kata orang-orang tua, bencana mengajar kita untuk insaf dan lebih ’sedar diri’.

No comments: