ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 16, 2008

TINDAKAN MUDAH, PEMAJU DIBELA,,,,


BADAN NGO, SPT GERAK MALAYSIA PANTAU DIMANA SILAPNYA.

Dua kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM55.7 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan pemaju.

Projek yang dijalankan secara penswastaan tersebut ialah IPD Pendang bernilai RM29 juta dan IPD Yan RM26.7 juta.

Keadaan tersebut menyebabkan kerajaan kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan sehingga RM90 juta bagi meneruskan semula kedua-dua projek terbabit.

Berdasarkan perancangan asal, pembinaan IPD berkenaan merupakan sebahagian daripada pakej penswastaan tanah kerajaan pada 1996.

“Kerajaan sebelum ini bersetuju menyerahkan tanah (land swap) seluas 72 hektar di Sungai Petani kepada sebuah syarikat pemaju melalui projek penswastaan.

“Sebagai balasan, syarikat tersebut berjanji menyiapkan tiga Kompleks IPD bernilai RM109.4 juta meliputi Kuala Muda (Sungai Petani), Pendang dan Yan.

“Bagaimanapun, mereka hanya menyiapkan satu sahaja IPD iaitu di Kuala Muda (bernilai RM53.7 juta) sementara di Pendang, projek hanya berjalan 28 peratus sebelum terhenti dan Yan tidak dimulakan langsung,” kata sumber.

DAKWAAN 3 EMPANGAN UTAMA DI SELAGOR MUNGKIN PECAH.....


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) diarah mengemukakan segera laporan mengenai dakwaannya bahawa tiga empangan utama di Selangor mungkin pecah jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laporan tersebut perlu dikemukakan kepada kementeriannya selain Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau menegaskan, adalah lebih baik jika masalah yang dihadapi Syabas ditangani secara berkesan dengan pihak berkuasa dan bukan mendedahkan masalah tersebut kepada akhbar.

???

Kenyataannya dekat Malaysia ni, kalau setakat buat laporan, bentang laporan, buat aduan atau apa-apa aduan yang bersangkutan dengan tanggungjawab KERAjaan, tak pernah berkesan...

Hari ni lapor... belakaang rumah ada geleseran tanah... gomen jawab - kita akan pantau dan keputusannya akan diberitahu kelak...

"beritahu kelak" bermaksud - kita tunggu dia runtuh.

Jalan terbaik, pergi pada akhbar, bagi kecoh satu dunia, baru la KERAjaan nak buat kerja.

Bukak balik peti-peti aduan tengok berapa banyak aduan yang KERAjaan dok peram.

Rakyat & agensi-agensi dah muak dah dengan KERAjaan.

ISU TELAGA AIR

Kerajaan Selangor perlu memperjelaskan dasarnya berhubung pembangunan di sekitar kawasan empangan dan tadahan air bagi mengelakkan pencemaran kualiti air atau kemungkinan empangan pecah.

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), Ir. Hasnul Mohamad Salleh berkata, semua empangan sepatutnya mempunyai kawasan tadahan air dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan ia tidak dicerobohi.

Ini kerana jelasnya, kelulusan untuk sesuatu projek pembangunan termasuk di sekitar kawasan tadahan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penjagaan kualiti air di empangan.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan negeri perlu memperjelaskan dasarnya kerana ia melibatkan impak yang tinggi terhadap rakyat,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Jurutera Air Daerah Malaysia ke-21 di sini semalam.

Yang dekat Kampung Berembang? KETUA CAWANGAN SAJA

  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berjanji akan membawa rungutan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera.
  • Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
  • "Banyak masalah dan ketidakpuasan yang dilaporkan kepada saya selain permintaan khas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan selama sejam dengan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

TP - rungutan dan aduan dari penduduk Kampung berembang sape nak bawak ke pengetahuan Perdana Menteri?

Ni la nasib rakyat Malaysia, yang kaya-raya, hidup senang-lenang dibantu... kalau kene gigit dek semut, habis 1 negeri semut ditarah dihapus. batuk sikit, hospital sampai kerumah, gosok perut je, makanan dah terhidang, kipas sikit, air-cond sampai kat rumah, menggeliat sikit, tukang urut antarabangsa sampai.

Pendek kata serba-serbi diambik berat dek semua pemimpin hatta Pi EM sendiri pun rasanya tiap-tiap hari dok risau kot-kot ada orang kaya yang jatuh sakit.

Yang dekat Kampung Berembang? korang kene hurung dek semut ke, batuk sampai keluar urat tekak ke, penyek perut ke buatlah macam mana sekalipun... depa akan habaq...

Kita akan pertimbangkan... ko tunggu la depa timbang sampai mamposss...

RISDA PERIHATIN.......

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menangguh pembayaran balik pinjaman pekebun kecil negara ini yang berhadapan dengan krisis kejatuhan harga getah dan kelapa sawit di pasaran.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman bernilai RM80 juta itu merupakan salah satu langkah yang dilaksanakan oleh agensi itu dalam usaha membantu golongan tersebut.

“Risda sedang mempertimbangkan untuk menangguh sementara waktu pembayaran balik pinjaman tersebut kepada suatu masa sehingga harga bahan komoditi itu kembali stabil di pasaran.

“Perkara ini sudah dibawa ke Kementerian terbabit dan diharapkan kita dapat melaksanakannya secepat mungkin bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pengurusan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) 2008 di sini hari ini.

SIFAT DIRI

Ada mata - Pandang
Ada telinga - Dengar
Ada mulut - Diam
Ada tangan - Garu
Ada kaki - Goyang

Ada otak - Pandai
Ada akal - Pakai
Ada bijak - Gadai
Ada mata - Pejam
Ada mulut - Kunyah

Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Buatlah - buatlah... buatlah tak tau
Buatlah - buatlah... buatlah tak tau

Rela jadi tunggul, rela jadi patung, tunggu dilelong
Suruh angguk - angguk, suruh geleng - geleng
Pujilah aku, ampulah aku, senang hidupmu
Ada tangan tadah, ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh berlegar disekelilingmu
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku
Biarkan - biarkan, biarkan berlaku

Ada mata - Pandang
Ada telinga - Dengar
Ada mulut - Diam
Ada tangan - Garu
Ada kaki - Goyang

Ada otak - Pandai
Ada akal - Pakai
Ada bijak - Gadai

Isa optimis BN menang

Isa optimis BN menang

Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari tahun depan, kata Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan kepada sokongan pengundi-pengundi di sekitar kawasan Parlimen Kuala Terengganu terhadap BN pada pilihan raya umum Mac lalu.

''Saya yakin pengundi-pengundi akan terus menyokong calon BN pada pilihan raya kecil itu bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan Parlimen berkenaan," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Lama Nilai di sini hari ini.

Menurut Mohd. Isa, BN pasti akan meletakkan calon terbaik untuk memenangi kerusi yang pernah disandang Allahyarham Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail sehingga beliau meninggal dunia pada 28 November lalu. Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

''Kita tidak perlu risau dengan calon pembangkang. Yang penting, calon BN merupakan yang terbaik," katanya.

Beliau memberitahu, perasaan tidak puas hati tidak sepatutnya timbul selepas nama calon yang bakal bertanding diumumkan oleh pucuk pimpinan parti kelak.

Mohd. Isa menambah, semua pihak di dalam UMNO dan BN sewajarnya menerima calon berkenaan dan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi terhadapnya.

''Jangan timbulkan isu calon yang dipilih tidak layak mewakili BN," ujarnya.

Kata beliau, BN pasti kembali mengungguli kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya masalah dalaman itu dapat diatasi sebelum hari penamaan calon

RAMLAN ADALAH CALON BEBAS TERBAIK UNTUK KEMENANGAN BN

Ini adalah calon yang terbaik bagi mewakili Barisan Nasional dalam Pilihanraya kecil Parlimen 036 yang bakal berlangsung pertengahan Januari, 2009.

Aku rasa Ramlan adalah individu yang paling layak jikat dilihat pada "komitmennya" dalam memperjuangkan hak-hak rakyat yang tertindas.

Ramlan juga menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Setiausaha Umno bahagian Kuala Terengganu, lbrahim Omar.

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada calon yang bakal mewakili Barisan Nasional ialah Tidak pernah bertanding sebelum ini.

Ramlan tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini dan itu sudah cukup untuk meletakkan Ramlan sebagai pilihan yang tepat.

Kelebihan yang ada pada Ramlan yang TIADA LANGSUNG pada individu-individu dalam UMNO atau mana-mana parti politik sebelum ini ialah beliau sanggup berbogel didalam membela nasib rakyat yang tertindas misalnya rakyat yang gagal mendapat projek dari kerajaan.

Aku rasa kalau Ramlan terpilih, nasib rakyat Kuala Terengganu akan lebih terbela sebab MP nya rajin berbogel demi untuk membela rakyat.

Amacam??? mau ka???

Ramlan, calon bebas bertanding atas tiket Barisan Nasional menentang calon PAS. boleh geng dengan Ibrahim Ali lepas ni..!